1. Hakimiyyah Ilahiyyah Hakimiyyah atau memberikan
kuasa pengadilan dan kedaulatan hukum tertinggi dalam sistem politik
Islam hanyalah hak mutlak Allah.
Tidak mungkin ianya menjadi milik sesiapa pun selain Allah dan tidak ada sesiapa pun yang memiliki suatu bahagian daripadanya.
Fir man Allah yang mafhumnya: "Dan tidak ada sekutu bagi Nya dalam kekuasaan Nya." (Al Furqan: 2)
"Bagi Nya segaIa puji di dunia dan di akhirat dan bagi Nya segata penentuan (hokum) dan kepada Nya kamu dikembalikan." (A1 Qasas: 70)
"Menetapkan hukum itu hanyalah hak Allah." (A1 An'am: 57)
- Hakimiyyah Ilahiyyah membawa pengertian pengertian yang berikut:
-Bahawasanya
Allah adalah Pemelihara alam semesta yang pada hakikatnya adalah Tuhan
yang menjadi Pemelihara manusia, dan tidak ada jalan lain bagi manusia
kecuali patuh dan tunduk kepada sifat Ilahiyyah Nya Yang Maha Esa
-Bahawasanya hak untuk menghakimi dan mengadili tidak dimiliki oleh
sesiapa kecuali Allah. Oleh kerana itu, manusia wajib ta'at kepada Nya
dan ber'ibadat kepada Nya -Bahawasanya hanya Allah sahaja yang
memiliki hak mengeluarkan hukum sebab Dialah satu satu Nya Pencipta
-Bahawasanya hanya Allah sahaja yang memiliki hak mengeluarkan peraturan
peraturan, sebab Dialah satu satu Nya Pemilik -Bahawasanya hukum
Allah adalah sesuatu yang benar sebab hanya Dia sahaja Yang Mengetahui
hakikat segala sesuatu, dan di tangan Nyalah sahaja penentuan hidayah
dan penentuan jalan yang selamat dan lurus.
Hakimiyyah
Ilahiyyah membawa erti bahawa teras utama kepada sistem politik Islam
ialah tauhid kepada Allah di segi rububiyyah dan uluhiyyah Nya.
2 Risalah Jalan kehidupan para rasul diiktiraf oleh Islam sebagai sunan al huda atau jalan jalan hidayah.
Jalan
kehidupan mereka berlandaskan kepada segala wahyu yang diturunkan
daripada Allah untuk diri mereka dan juga untuk umat umat mereka.
Para rasul sendiri yang menyampaikan hukum hukum Allah dan syari'at syari'at Nya kepada manusia.
Risalah
bererti bahawa kerasulan beberapa orang lelaki di kalangan manusia
sejak Nabi Adam hingga kepada Nabi Muhammad s.a.w adalah satu asas yang
penting dalam sistem politik Islam.
Melalui landasan
risalah inilah maka para rasul mewakili kekuasaan tertinggi Allah di
dalam bidang perundangan dalam kehidupan manusia.
Para rasul menyampaikan, mentafsir dan menterjemahkan segala wahyu Allah dengan ucapan dan perbuatan mereka.
Dalam sistem politik Islam, Allah telah memerintahkan agar manusia menerima segala perintah dan larangan Rasulullah s.a.w.
Manusia
diwajibkan tunduk kepada perintah perintah Rasulullah s.a.w dan tidak
mengambil selain daripada Rasulullah s.a.w untuk menjadi hakim dalam
segala perselisihan yang terjadi di antara mereka.
Firman Allah yang mafhumnya: "Apa yang diperintahkan Rasul kepadamu, maka terimalah dan apa yang dilarangnya bagi kamu, maka tinggatkanlah." (Al Hasyr: 7)
"Dan Kami tidak mengutus seorang Rasul melainkan untuk dita'ati dengan seizin Allah." (An Nisa': 64)
"Dan
barangsiapa yang menentang Rasul setelah jelas kebenaran baginya, dan
mengikuti jalan yang bukan jalan orang orang mu'min, akan Kami biarkan
mereka bergelimang daiam kesesatan yang telah mereka datangi, dan Kami
masukkan ia ke dalam jahannam dan jahannam itu adalah seburuk buruk
tempat kembali." (An Nisa: 115)
"Maka demi
Tuhanmu, mereka pada hakikatnya tidak beriman hingga mereka menjadikan
kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka
tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap keputusan
yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya." (An Nisa': 65)
3. Khalifah
Khalifah bererti perwakilan. Dengan pengertian ini, ia bermaksud
bahawa kedudukan manusia di atas muka bumi ialah sebagai wakil Allah.
Ini
juga bermaksud bahawa di atas kekuasaan yang telah diamanahkan
kepadanya oleh Allah, maka manusia dikehendaki melaksanakan undang
undang Allah dalam batas batas yang ditetapkan.
Di atas
landasan ini, maka manusia bukanlah penguasa atau pemilik, tetapi ia
hanyalah khalifah atau wakil Allah yang menjadi Pemilik yang
sebenarnya.
Firman Allah yang mafhumnya: "Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku akan menjadikan seorang khalifah di muka bumi... " (Al Baqarah: 30)
"Kemudian Kami jadikan kamu khalifah khalifah di muka bumi sesudah mereka supaya Kami memperhatikan bagaimana kamu berbuat." (Yunus: 14)
Seseorang khalifah hanya menjadi khalifah yang sah selama mana ia benar benar mengikuti hukum hukum Allah.
0 Response to "Asas asas Sistem Politik Islam"
Post a Comment