Segala perintah Allah
itu mengandungi hikmah, walaupun kadang kala akal tidak mampu
menjangkaunya. Segala larangan Allah mengandungi madharatnya, tidak
hanya bagi pelakunya saja tetapi bagi segenap orang di sekitarnya jika
saling menasihati dan saling menegur.
Abu dan lahar gunung
berapi telah meletus dari Gunung Kelud pada hari khamis lepas semasa
waktu malam (13/02/2014) (tepat pada malam Valentine) telah mengepung
daerah-daerah sekitarnya. Bahkan kesan abunya ke arah timur sudah
mencapai daerah Ponogoro dan arah barat sudah mencapai Ciamis. Di daerah
Madiun dan Magetan jarak pandangan untuk penunggang/pemandu hanya
mencapai 3 hingga 5 meter. Bencana ini menghalang aktiviti dan
melibatkan banyak kerugian.
Semuanya itu merupakan
peringatan dari Allah SWT agar hambaNya tidak melakukan kemaksiatan
kepadaNya dan agar ummat Islam tidak meraikan Hari Valentine yang
merupakan budaya orang barat. Perlakuan maksiat yang mencapai taraf zina
pada malam tersebut akan melahirkan kerosakan yang sangat banyak di
muka bumi ini dan akan melahirkan orang tidak mempunyai lagi rasa malu
sehingga sanggup melakukan apa saja yang dikehendakinya.
Kalau ada yang
mengatakan "kami meraikan hanya untuk menunjukkan kasih-sayang namun
tidak sampai kepada pezinaan" , maka setidak-tidaknya dia telah
melakukan dosa besar serta menelanjangkan agamanya serta mengamalkan
budaya agama di luar daripada Islam secara tidak sedar dia telah
menelanjangkan agamanya.
Walaupun sesama
suami-isteri, jika menunjukkan sikap kasih-sayang yang berbeza pada
malam tersebut seperti menunjukkan keromantisan yang lebih hangat pada
hari Valentine bererti telah redha dengan perayaan yang berpunca dari
orang barat. Jadi mereka telah menunjukkan sikap kesetiaan kepada budaya
haram ini dan secara tidak lansung dia juga telah redha dengan agama
yang Allah sendiri tidak meredhainya.
Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam bersabda: "Seseorang itu akan dikumpulkan bersama orang-orang dicintai pada hari kiamat" (HR. Tirmidzi)
Siapa orang yang kita berikan kesetiaan pada saat ini, maka bersama merekalah kita akan dikumpulkan pada hari kiamat.
Jika mahukan hari yang
istimewa diantara suami-isteri kenapa perlu di hari Valentine? Bukankah
selain Valentine lebih baik banyak saat-saat tertentu yang mempunyai
alasan tepat untuk mengistimewakannya? Bukankah tarikh perkahwinan anda
lebih tepat untuk mengenang kembali bagaimana indah dan romantisnya saat
pertama kali anda menjadi sepasang kekasih yang halal.
Mungkin sepanjang
menjalani hidup berumah tangga mungkin ada berlaku perkara yang
menganggu keharmonian. Jadi apa salahnya pada tarikh perkahwinan anda
untuk bersama pasangan anda memikirkan saat-saat indah tersebut sehingga
suasana ketika itu seperti anda masih pengantin baru.
Allah sangat menyayangi
hambaNya sehingga pada malam tersebut memberikan peringatan kepada
hambaNya agar segera bertaubat sebelum sempat melakukan hal yang haram
dan menambah pahala serta darjat yang tinggi bagi orang-orang mukmin
yang selalu bersabar. Segeralah insaf selagi nyawa belum sampai ke
tekak. Jangan mengundang musibah di dunia dan azab di akhirat.
Bersabarlah bagi orang-orang yang beriman, kerana Allah akan
menggantikan semuanya dengan pahala yang besar.
Ref : detikislam.blogspot.ca
0 Response to "Peringatan Allah di Malam Perayaan Valentine tahun 2014"
Post a Comment